Tuesday, April 26, 2011

Apa aku nak sebenarnya dalam hidup nih....

Bismillah...

Aku sekarang kat Mid Valley. Saje je melepak di sini (Padahal jauh giler daripada umah aku...) Rasa dah lebih setahun aku tak menjejakkan diri di KL. Kerana aku sekarang sudah tinggal di kampung walaupun bekerja sebagai Programmer...

Apa yang terjadi antara aku dan Mid Valley biarlah rahsia antara aku dan Dia. Akan tiba masanya nanti aku bagitau.

Sekarang aku dah 3 bulan lebih pregnant. Masa 3 bulan awal dulu, kesihatan aku agak terganggu. Dengan muntah.. loya.. walaupun tengah drive nak pergi kerja. Inilah pengorbanan seorang ibu cuba menggagahkan diri pergi kerja walaupun sampai sana aje aku terasa nak cabut je jantung nih.... Tak pe, nak. Mak cuba buat yang terbaik.

Apa2pun berbalik pada tajuk blog aku harini.... Apa aku nak sebenarnya? Hidupku, keluargaku, kerjaku... Aku rasakan ada 'sesuatu' yang menghalang untuk mencari 'kepuasan' di hati. Duit? Duit bukanlah keutamaan aku walaupun pada hakikatnya kehidupan sekarang ni duit itu adalah keperluan hidup. Tapi duit tidak boleh beli ketenangan hati, jiwa dan rohani.

Agaknya, aku agak frust tgk sikap manusia sekarang yang sebahagiannya adalah seorang yang pentingkan diri dan tidak ikhlas terhadap orang lain. Pentingkan diri kerana mereka takut darjat dan pangkat mereka tercalar. Maka meraka sanggup buat apa saja hatta perkara yang terlarang pun sanggup buat hanya semata2 nak menjaga kepentingan diri dan keuntungan sendiri.

Di depan mata kita sahaja orang itu tampak ikhlas, tapi di belakang kita, orang itu mengeji dan mencaci kita macam2 di hadapan orang lain.

Sebenarnya, aku rindukan suasana tahun 80an dan 90an. Zaman kecik aku time tu terasa aman jek, kalau aku gi mana2 pun rasa selamat. Sebab aku rasa zaman tu semua orang sekeliling sangat bertanggungjawab menjaga antara satu sama lain. Sejuk hati kita bila ada orang sudi menolong atau bertanya khabar kita walaupun kita tak kenal orang tu.

Bila dah masuk tahun millennium, aku terasa sikap manusia berubah sama sekali. Dah takde orang sudi tolong bile ada orang lain kesusahan. Kalau ada yang tolong pun, amik kesempatan pula. Ada pula jiran tetangga berpesan dengan jiran lain,'Jangan harapkan ihsan jiran lain untuk menjaga rumah anda'. Aku baca statement tu mcm bangang je. Dah takde kemesraan langsung jiran tetangga nih. Masa dulu2, ada jiran yang suka bertanya kabo. Ada jiran yang rajin bagi kuih kat kita... Sekarang, nak panggil jiran pun macam nak tak nak jiran tu... Sombong pula tuh... Haih, tak tau la...

Apa2pun...manusia jadi begini kerana pemimpin2nya... sape2 aje la yang merasakan diri mereka itu pemimpin...

Oklah... buat kerja coding plaks... Huhuhu

No comments:

Post a Comment