Monday, May 23, 2011

Dugaan satu persatu...

Dah masuk minggu kedua aku bergelar menganggur...

Terima kasih kepada kawan yang bersimpati dengan aku... Siap meng'ofer' kerja lagi. Tapi aku fikir lepas delivery my precious baby, insya Allah aku akan fikir2kan balik, ek En Soleh...

Bagi mereka yang bersimpati dengan kata2... aku bukan mahu ketepikan korang. Tapi memandangkang korang adalah orang paling dekat masa hari2 terakhir kerja kat situ, aku rasa tak perlulah nak berkata apa2 pada aku. Aku memahami apa yang Shah yang kena buang tu juga rasa.

Hari terakhir tu sebenarnya aku dah perasan sesuatu. Korang sangat excited bile dapat tahu ada staff baru nak masuk. Tp sebenarnya aku rasa, dia adalah pengganti tempat aku. Memang sangat obvious aku kena buang pada hari yang sama...

Korang boleh kata aku tuduh korang. Tapi korang tak boleh kawal apa yang aku sedang fikir sampai ke hari ini. Tindak tanduk setiap orang aku perhati dan aku berfikir.

Sekarang, aku kena cari kerja lagi... Tapi aku harap korang lupakanlah aku....

Sekian....