Monday, May 23, 2011

Dugaan satu persatu...

Dah masuk minggu kedua aku bergelar menganggur...

Terima kasih kepada kawan yang bersimpati dengan aku... Siap meng'ofer' kerja lagi. Tapi aku fikir lepas delivery my precious baby, insya Allah aku akan fikir2kan balik, ek En Soleh...

Bagi mereka yang bersimpati dengan kata2... aku bukan mahu ketepikan korang. Tapi memandangkang korang adalah orang paling dekat masa hari2 terakhir kerja kat situ, aku rasa tak perlulah nak berkata apa2 pada aku. Aku memahami apa yang Shah yang kena buang tu juga rasa.

Hari terakhir tu sebenarnya aku dah perasan sesuatu. Korang sangat excited bile dapat tahu ada staff baru nak masuk. Tp sebenarnya aku rasa, dia adalah pengganti tempat aku. Memang sangat obvious aku kena buang pada hari yang sama...

Korang boleh kata aku tuduh korang. Tapi korang tak boleh kawal apa yang aku sedang fikir sampai ke hari ini. Tindak tanduk setiap orang aku perhati dan aku berfikir.

Sekarang, aku kena cari kerja lagi... Tapi aku harap korang lupakanlah aku....

Sekian....

Tuesday, April 26, 2011

Apa aku nak sebenarnya dalam hidup nih....

Bismillah...

Aku sekarang kat Mid Valley. Saje je melepak di sini (Padahal jauh giler daripada umah aku...) Rasa dah lebih setahun aku tak menjejakkan diri di KL. Kerana aku sekarang sudah tinggal di kampung walaupun bekerja sebagai Programmer...

Apa yang terjadi antara aku dan Mid Valley biarlah rahsia antara aku dan Dia. Akan tiba masanya nanti aku bagitau.

Sekarang aku dah 3 bulan lebih pregnant. Masa 3 bulan awal dulu, kesihatan aku agak terganggu. Dengan muntah.. loya.. walaupun tengah drive nak pergi kerja. Inilah pengorbanan seorang ibu cuba menggagahkan diri pergi kerja walaupun sampai sana aje aku terasa nak cabut je jantung nih.... Tak pe, nak. Mak cuba buat yang terbaik.

Apa2pun berbalik pada tajuk blog aku harini.... Apa aku nak sebenarnya? Hidupku, keluargaku, kerjaku... Aku rasakan ada 'sesuatu' yang menghalang untuk mencari 'kepuasan' di hati. Duit? Duit bukanlah keutamaan aku walaupun pada hakikatnya kehidupan sekarang ni duit itu adalah keperluan hidup. Tapi duit tidak boleh beli ketenangan hati, jiwa dan rohani.

Agaknya, aku agak frust tgk sikap manusia sekarang yang sebahagiannya adalah seorang yang pentingkan diri dan tidak ikhlas terhadap orang lain. Pentingkan diri kerana mereka takut darjat dan pangkat mereka tercalar. Maka meraka sanggup buat apa saja hatta perkara yang terlarang pun sanggup buat hanya semata2 nak menjaga kepentingan diri dan keuntungan sendiri.

Di depan mata kita sahaja orang itu tampak ikhlas, tapi di belakang kita, orang itu mengeji dan mencaci kita macam2 di hadapan orang lain.

Sebenarnya, aku rindukan suasana tahun 80an dan 90an. Zaman kecik aku time tu terasa aman jek, kalau aku gi mana2 pun rasa selamat. Sebab aku rasa zaman tu semua orang sekeliling sangat bertanggungjawab menjaga antara satu sama lain. Sejuk hati kita bila ada orang sudi menolong atau bertanya khabar kita walaupun kita tak kenal orang tu.

Bila dah masuk tahun millennium, aku terasa sikap manusia berubah sama sekali. Dah takde orang sudi tolong bile ada orang lain kesusahan. Kalau ada yang tolong pun, amik kesempatan pula. Ada pula jiran tetangga berpesan dengan jiran lain,'Jangan harapkan ihsan jiran lain untuk menjaga rumah anda'. Aku baca statement tu mcm bangang je. Dah takde kemesraan langsung jiran tetangga nih. Masa dulu2, ada jiran yang suka bertanya kabo. Ada jiran yang rajin bagi kuih kat kita... Sekarang, nak panggil jiran pun macam nak tak nak jiran tu... Sombong pula tuh... Haih, tak tau la...

Apa2pun...manusia jadi begini kerana pemimpin2nya... sape2 aje la yang merasakan diri mereka itu pemimpin...

Oklah... buat kerja coding plaks... Huhuhu

Friday, April 15, 2011

After having a quite bad day...not that really bad... but still...

Dah lama aku tak tulis blog ni.

Sibuk macam2 dgn segala macam urusan diri dan kerja.

Diri yang sedang berbadan dua, kena jaga baik2. Yang termual akan termuntah. Yang tak lalu, aku lalukan juga untuk mengisi 2 perut yang kelaparan

Kerja yang makin hari makin tak memberangsangkan minda dan semangat aku. Buat Image Gallery jek, tapi .... aku busan dow bile dah de orang itu sudah conquer semua, dapat pujian sorang2... down..down...

Apa2pun, sebenarnya kesihatan aku kurang baik sejak dua menjak ni. Sabar2kan hati bila dah terkena selsema dan batuk. Bukan aku mau. Tapi Allah sedang menguji aku dan sesiapa saja disekeliling aku. Maka aku mengambil cuti MC sehari atas masalah kesihatan aku.

Hari ini lak aku de appoinment dengan doktor kat KKSGB. Yang istimewanya hari ni aku kena puasa dan minum segelas air glukos.

Tp aku dah buat mistake hari ini. Patutnya aku kena gtau missy harini aku kena amik air gula. Sbb procedurenya lain yang yang biasa. Darah yang patut kena amik 2 kali jadi 3 kali hari ni. Huhu...tahan aje la dan bersabar.

Abis urusan di KKSGB bersama suami aku tercinta, ptgnya aku masuk opis. Aku jumpa opismate aku. Aku tgk air muka dia pun aku mcm dah tau ada something wrong. Tapi dia minta aku jumpa dia jap lagi...

Meeting tu adalah PnC. Tp kesimpulannya, mmg aku dah agak apa yang akan berlaku. Macam2 lah. Yang ok tu, aku ok je. Tapi kalau dah sampai aku kena mcm2 yg tak betul. Mmg aku sgt2 lah bengang. Mcm semua org kat opis ni sudah tidak dihargai kerjanya. Aku lak kena dengan macam2 tuduhan. Tak pe lah, hari ni hari ko. Hari aku, siapla ko nanti....

Jadi, sehinggalah aku pulang. Aku cuba bawa bertenang. Kesian baby sbb tgk mama dia tension hari ni. Tapi x pe, nak... Hari ni mama cuba bersabar sebaik habis. Dan malam ni kita tdo elok2 ek... Sok gi keje awal mcm biasa ok...

K , that all for now... I leave my principle here ... "Kalau kita tak suka, kita cari lain sajalah..."

To be continued..................

Wednesday, March 2, 2011

Can I handle the heat?

Ya Allah, mohon sabarkanlah hati aku.

Petang2 mcm ni di tempat kerja, mcm panas je hati ni lepas apa yang berlaku tadi.

Tapi aku tak mau la citer apa yang berlaku tadi. Walaupun beliau cuba menasihati tapi aku kira ia tak memberangsangkan sedikit pun. Akhirnya aku kena fikir sendiri jalan penyelesaian nak siapkan menatang nih.

Apa2 pun aku punye kisah hari ini 'Workgroup and Coperation' dalam melaksanakan apa2 projek pembangunan software mahupun web (aka Software or Web Development Project)

Dalam pengalaman aku bekerja sebagai software engineer, PHP Developer dan Programmer selama nak dekat 4 tahun ini sangat2 la bermakna kepada aku. Pengalaman yang terbaik semasa aku bekerja di Wangsa Maju setahun dahulu.

They have RnD and work together as a great team in every project. And I am very honour to be one of that team. Yeah, I miss them so much eventhough I choose to be this way.

Actually, my point is, in software or web development project team the most important is DISCUSSION. Yes, communication also very important. But a detail dicussion about certain project is very very important in term of requirements process, architecture, database sturcture, programming structure, and so many things need to know and understand by every team member. Kalau takde menda2 ni semua, Programmer pun terkulat2 sendiri nak buat kerja macam mana seolah macam takde guidance yang proper. Silap hari bulan bos kata, kita buat coding ikut sedap hati sendiri. Aku tak mau la nak syok sendiri. Aku pun nak juga orang lain paham macam mana nak pakai system tu...

Aku bukan nak belagak ke apa. Tapi apa yang aku belajar kat U dulu sedikit sebanyak membantu memahami Software Engineering Process and Deployment dalam alam pekerjaan aku sekarang.

Jadi, janganlah pandang remeh menda2 discussion dalam Development Project nih. Fikirlah macam mana programmer nak bekerjasama kalau programmer sendiri tak tau apa requirements and architecture sebenar.

Well, I hope I can handle the heat. And I try must best till the end...

To be continued...

Friday, February 25, 2011

The last Friday of Feb 2011

Bismillah...

Ada 1/2 jam lagi nak keje hari sebelum pulang untuk berhujung minggu :)

Thank you to my officemates, Tina and Athirah for the lovely lunch together today at Asiari, SACC. Pewut dah bertambah buncit mummy nih.. Hihihi...

Memandangkan dah lama x tulis ni, memang mcm2 ceritalah kan. Dalam 2 minggu ni aje mcm2 ada.

14 Feb aritu, aku terpaksa MC sbb masa tu aku dah seminggu lebih rasa mcm demam, sakit belakang, dan sakit kepala... Bile jumpe doktor, doktor kate,"Entah2 awak ni pregnant tak?". Aku pun kate aku belom cek lagi. Time tu, aku pun mula terfikir takkan seawal macam ni aku tau aku dah pregnant kot. Terus aku masih tertanya2 pada diri aku sendiri. Lepas dah dapat ubat dan MC dari doktor, aku pun start la cari Pregnancy Test kat farmasi yang berdekatan.

Esok paginya, aku pun buat Pregnancy Test. Aku buat pagi tu sbb dlm manual tu kata nak dapat result yang tepat, buat test di waktu pagi sbb kadar kepekatan 'apa ntah' tinggi pagi tuh. Lepas aku test, beberapa minit kemudian, aku tengok test tu dia tunjuk double-line. Hek? Double-line? Memula tu mcm tak caya. Rasa macam nak test lagi jek masa tuh tp aku pk baik aku buat test lagi sok pagi sekali lagi. Time tu, suami aku masih di Penang sejak semalam. Jadi aku kenalah tunggu dia balik umah dulu nk bagitau berita nih.

Perasaan aku lepas tgk test tu berbaur dgn rasa x caya dan gembira. Sebelum ni, selama setahun 1/2 berkahwin ni, aku buat test cuma single line jek. Tu yg aku tak nak rasa terlalu confident takut aku sendiri kecewa nanti. Pe2pun, sok paginya aku test lagi. Ye la, betullah tuh... Aku gembira tengok test tu double line lagi. Aku tersenyum sendiri dlm bilik air..hehe.. I am gonna be mummy! :) :) :)

Dengan kepulangan suami tercinta, aku pun tunjuk kepadanya test tuh. Melihat wajahnya penuh senyuman dan rasa cinta pada isterinya..suami aku pun syukur Alhamdulillah dan dia memelukku... Alhamdulillah... Syukur...

Walaupun aku dah buat 2 kali test tu, aku still nak buat test juga. Aku gi beli lagi 2 Pregnancy test. Setiap satu itu, aku buat test pada waktu pagi.. Tak ingat bile aku buat 2 lagi tu...Tp yang pastinya, dah jadi la tuh :)

So, the wannabe mummy nih, kena jaga dirinya sendiri. Makan dan minum yang berkhasiat... Untuk yang tersayang ini... :) . Jumpe doktor jangan lupe :)

To be continue...

Wednesday, February 2, 2011

One month already...

Gosh... I am suddenly blank, blur at this moment... Aku tgk orang lain nye blog comey2, lawa2, sensasi dan hangat... huahuahua... But this programmer has very very bad habit... P.E.M.A.L.A.S nak update blognya sendiri. Because too busy being a web programmer? Wakaka... But well at least I have a story to tell... Since coming CNY, all the routes, highways are so pleasant for me to drive with speed! Haha... Aman damai gitu selari dgn ketenangan aku. Huahuahua... Begitu juga di opis, pagi tadi de 4 orang. Sekarang tinggal 3 org sebab yang sorang lagi tu sudah balik, amik halfday keje jek... Tapi masa lunch td mmg best. Pergi makan di Old Town kat Seksyen 7 nih. 3 wanita anggun ini (ewahh!) memesan makan yang sgt enak sekali... mee curry, laksa asam (sebut aja terus terliuq lagi masa menulis blog ini), samosa, orange smoothie, rose float, ice lemon tea, and blackbery eskerim.. sound so yummylicious right? Sekembalinya kami dari lunch, kami kembali buat kerja... Tapi dalam hati rasa mau balik umah jek. Heh.. Padahal lagi sejam lebih je lagi mau balik umah... Well, a month passed already and I am good at work as everyday I came work early in the morning. This is history of my employment in 3 1/2 years yeaah. This before dtg lambat keje ni adalah habit aku yg sgt kureng. Tp aku harap aku dpt teruskan dtg keje awal.. Fuh! You can do it Malin (adik aku suke tul panggil aku nama ni. mcm bunyi nama Merlin pula..ekeke). Keep the good work, k! Akan bersambung kembali yg penuh keceriaan... :)

Monday, January 3, 2011

My 1st day work in early 2011…

Bismillahir Rahmanir Rahim {Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani}

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurnia dan nikmatNya dapat aku menikmati kehidupan yang sementara ini…

Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja di tempat kerja baru. Ini syarikat aku yang ketiga selama aku kerja 3 1/2 tahun. Cepat nye masa berlalu kan?

Masuk2 office hari ni, aku disuruh study pasal CodeIgniter. Dan berkenalan dengan foreach loop yang agak lain daripada yang biasa aku buat… Series, aku mcm budak baru belajar…

Kali ini aku diminta untuk ‘beringat senantiasa’ tentang standard coding di syarikat ni. Antaranya ialah:

  1. "Wajib" ada "documentation" dalam coding
  2. If else statement, loop statement - tak mau ada curly bracket
  3. Sila guna "if else endif" dan "foreach endforeach"
  4. Use try catch instead of "if else"
  5. Must thru the Senior Programmer to verify the coding before submit to server.

Pasal foreach yg aku baru belajar tadi... rupa2nya ada cara lain untuk menulisnya..

if(isset($_POST)):

foreach($_POST as $key=>$val):

...

endforeach;

$sql = “INSERT INTO table ({array $key}) VALUES ({array $val})”;

endif;

{dengan form self submit page… action=”$_SERVER[‘REQUEST_URI’]”}

Mengikut pemahaman aku, dalam submit form, kita tak perlu tulis setiap ‘name’ input field dari form. Adalah memadai dengan melalui $_POST “name” dan value akan diambil dari setiap input field dlm from dan boleh dimasukkan ke dalam pangkalan data aka database (dengan syarat name dalam from adalah sama dalam table). Nanti akan tersendiri ‘baca’ setiap name pada setiap input field dan seterusnya value2 ini buleh digunakan terus dalam sql execution. Memang sgt  simple… Tp coding yg aku tunjuk ini bukan syntax yg betul… Sila refer PHP.net ek…

Lepas tu plak, pasal MVC {Model-View-Controller}… pun kena study juga…

Oklah. Rasanya sampai sini saja dulu…

Nanti kita sambung lagi… Smile