Pertama Kali 9 Bulan


Sebuah kisah kehidupanku yang ingin aku sampaikan kepada yang ingin tahu pengalaman '9 Bulan'... Meniti hari2 sebagai ibu mengandung anak pertama setelah sekian lama keinginan menimang cahaya mata. 
 
[15-Feb-2011] Pertama kali tahu aku mengandung pada hari yang kita sebagai orang Islam memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. atau Maulidur Rasul . 

Selepas seminggu aku rasa panas2 badan tetapi bukan demam, aku pergi bertemu dengan doktor. Dalam pertemuan itu, doktor mengesyaki aku mengandung. Tapi masa itu doktor tak buat pregnancy test pun. 

Pada hari itu, suami aku sudah pun pergi ke Penang atas urusan kerja. Selepas aku berjumpa dengan doktor, aku pergi farmasi beli pregnancy test nak buat ujian sendiri di rumah. 

Keesokkan paginya aku buat ujian 'pregnancy test' tu. Selepas 5 min, aku lihat tanda 'double strip' pada pregnancy test tu. Aku sebenarnya macam tak percaya kerana selama 1 1/2 tahun ini setiap kali aku buat test mesti selepas tu rasa kecundang.

Dalam rasa mcm tak percaya itu, aku sebenarnya gembira dan syukur kepada Allah. Mmg rasa tak sabar tunggu suami pulang dari Penang pada hari itu. Nak bagitau berita gembira ni pada suami. Pada petang itu, suami pun sampai rumah dan aku buat kejutan kepadanya dengan menunjukkan hasil ujian ' pregnancy test' tu. Suami pun turut gembira dan rasa syukur.

Kalau tak silap, dalam bulan tu juga, suami dan aku pergi ke Klinik Kesihatan Sg Buloh @ KKSGB @ KK Sg Buloh (dekat dengan rumah mama papa ku) untuk berjumpa dengan doktor. Tapi tiba saja di sana, pergi ke Unit Ibu dan Anak. Kena daftar dulu dan set appointment. Kira tak jumpa doktor terus. Jadi nurse yang daftarkan itu minta kami bawa bil air, api atau lektrik nak cek address katanya. Lepas tu, kami pun balik rumah.

[16-Mac-2011]
Pertama kali datang klinik sebagai ibu mengandung. Sangat-sangatlah gementar atau nervous sebab tak tahu apa yang patut kena buat. Memula sekali nurse bagi 2 buku berwarna 'pink' dan isi segala butiran berkenaan. Lepas tu barulah timbang berat, ukur tinggi dan juga tekanan darah (check BP). Lepas itu, aku disuruh 'ambil darah' di bilik '6'. Aku sebenarnya cukup gementar apabila disuruh 'ambil darah' dari dulu lagi. Tapi sebab dah jadi ibu mengandung, terpaksalah buat. Sampai aku tutup mata masa kena ambil darah itu. Mesti jururawat tu gelak dalam hati tengok aku macam tu. Tapi sebaik baik nurse tu borak-borak dengan aku sikit. Kurang sikit gementarnya nih.

Lepas itu, sampel darah tadi tu aku bawa ke makmal dan buat ujian air kencing pula. Lepas dapat kertas keputusan darah dan ujian air kencing, aku kembali ke Unit Ibu dan Anak untuk berjumpa dengan jururawat. Apabila berjumpa dengan jururawat, dia akan tanya 

  • bila pertama kali kita datang haid, 
  • bila kali terakhir datang haid, 
  • berapa hari kena haid kebiasaannya,
  • teratur ke tidak,
  • macam mana tahu kita ni mengandung? buat pregnancy test sendiri ke? atau doktor yang bagitahu ke,
  • pasal kesihatan kita atau ada penyakit berketurunan ke macam kencing manis ke, darah tinggi ke?
dan macam-macam soalan yang jururawat atau dokor akan tanya.

[13-April-2011]
Pergi ke klinik gigi untuk dental check-up. So far OK.


[14-April-2011]

Setiap ibu mengandung mesti akan berdepan dengan minum 'air gula' atau dipanggil MGTT (Modified Glucose Tolerance Test). Air ini diminum mengikut tarikh yang diberikan oleh jururawat. Dan juga prosuder MGTT seperti berikut:
  1. Sebelum tiba hari berjumpa dengan doktor, berpuasa dahulu bermula pada jam 10 malam.
  2. Keesokkan harinya, datang ke klinik pada jam 8 pagi.
  3. Ambil ujian darah dulu untuk mengukur paras gula dalam darah sebelum minum 'air gula'.
  4. Selepas ambil ujian darah tadi, jururawat akan beri ibu mengandung segelas 'air gula' (glucose). Dihabiskan selama 5 min. (Disebabkan masa ini aku kena selsema, tak dapat merasa apa2 makanan, jadi aku berjaya menghabiskannya. Kebiasaannya mmg sgt tersiksa nak menghabiskan 'air gula' ni.)
  5. Lepas tu kena berpuasa selama 2 jam (mmg tak leh makan apa2. kalau nak sgt minum, minum air masak tapi sikit je.)
  6. Lepas berpuasa selama 2 jam, ambil ujian darah lagi untuk mengetahui paras gula dalam darah selepas minum 'air gula'.
Biasanya nak tahu keputusan ujian darah, akan diberitahu oleh jururawat selama seminggu. Tapi dalam kes aku, keesokkan harinya jururawat telefon dan memberitahu keputusannya. Memandangkan aku ada sejarah penyakit keluarga; kencing manis, aku pun turut terkena.

Skala yang bagus bagi ibu mengandung ialah antara 4.0 hingga 6.7 . Lebih atau kurang dari itu, akan jadi perhatian lebih daripada doktor. Kalau lebih, sudah tentu de 'diabetes'. Kalau kurang tu aku tak ingat apa namanya. 

[12-May-2010]
Sebelum datang untuk berjumpa dengan doktor, aku dipesan jururawat buat BSP (Blood Sugar Profile). Yang ni pula, sehari atau 2 hari sebelum berjumpa dengan doktor kena buat check gula dalam darah 4 kali sehari;

  • mula berpuasa dari pukul 10 malam dan keesokkan harinya, pukul 8pagi check gula dalam darah. 
  • lepas tu makan makanan yg ringan dan berkhasiat (kalau boleh jangan ada gula) selama 15min dan berpuasa lagipukul 10pagi check gula dalam darah lagi.
  • makan tengah hari pukul 1 tengah hari; pukul 3 petang check gula dalam darah.
  • makan malam kul 7malam; pukul 9 malam check gula dalam darah.
Nak buat check gula dalam darah ini boleh dibuat di klinik kesihatan atau di klinik swasta. Tapi pastikan ikut masa-masa ini dan catit keempat-empat keputusan darah tu. 

Tapi kalau nak memudahkan urusan dan tak perlu ambil cuti sehari dan juga, berani cucuk jari sendiri , beli je satu set 'Blood sugar Test kit' kat farmasi mcm Guardiant dan Watson. Tanya diorang punya pharmacist de tak jual Blood Sugar Test kit. Nanti diorang tolong rekemenkan yang mana satu dan ajarkan nak pakai macam mana. Tapi macam aku ni, aku pilih yang paling murah aje. Masa tu aku beli dalam RM189.00, ada promosi. Tak ingat brand apa. Apa2pun kalau nak beli ni, kena tanya pharmacist apa2 barang yang diperlukan. Harga di antara RM200 hingga RM400. Kalau de duit, beli la satu. Kalau tak, gi klinik pun takpe.

Apabila tiba hari kena jumpa doktor untuk medical-checkup dan tunjuk keputusan gula dalam darah tu. Pesanan doktor paling-paling pun suruh buat diet-control. Yang lain-lain, doktor akan bagi ubat untuk ibu hamil.



[26-May-2011]
Macam biasa baut BSP sebelum berjumpa doktor. Result, tak memuaskan. Hukhukhuk...
Susah nak kawal diet betul2... Godaan..Godaan

[13-Jun-2011]
BSP sebelum berjumpa doktor. Dan juga cucuk untuk ATT (Anti Titanus Toksiod
) - mengelakkan kancing gigi.

[12-Julai-2011]
BSP sebelum berjumpa doktor. Dan scan baby :)

[11-Ogos-2011]
BSP Special Edition ... sempena bulan Ramadhan, bulan puasa, doktor suruh bat BSP 3 kali hari tapi masih boleh berpuasa. Tapi untuk pengetahuan ibu-ibu mengandung di luar sana, tak semua doktor yang rekemen buat macam ni. Ada juga yang disuruh tak berpuasa pada hari tu semata-mata nak buat prosedur BSP yang biasa. Kesian pula aku, semata-mata kerana ni tak boleh berpuasa. Padahal, berpuasa tu lebih baik. Betul tak?

[25-Ogos-2011]
Masih lagi di bulan puasa dan tinggal beberapa hari sahaja lagi nak berhari raya :).
Tapi kena jumpa dengan doktor dan tunjuk result BSP.

[5-Sept-2011]
Appointment dengan doktor macam biasa. Kena buat BSP sehari sebelum jumpa doktor. 
Doktor kata ok. Teruskan 'diet control'. Padahal, aku risau juga sebab semakin membesar anak dalam kandungan ni. Mudah-mudahan selamat hendaknya.

[20-Sept-2011]
Appointment dengan doktor macam biasa. BSP pun mcm ok.

[30-Sept-2011]
Ada lagi appointment dengan doktor apabila dah nak dekat waktu bersalin. Kali ni BSP aku de agak tinggi dan de agak rendah. Ni akibat makan macam-macam masa makan tengah hari semalam. Huhu. Memang tak syok betul tengok bacaan BSP aku ni. Selamat saja kena sound dengan doktor. Kembali berdiet dengan betul, Amalina.

Apa-apa pun doktor dah bagi surat untuk buat medical checkup kat Hospital Sg Buloh. Pada haritu juga aku dan husband pergi ke hospital nak dapatkan tarikh appointment dengan doktor pakar O&G. 

[5-Okt-2011]
Kali ni pula appointment dengan doktor pakar O&G. Kami first time datang sini buat medical checkup. Pada haritu, seingat aku, doktor buat scan nak tengok baby. Lepas tu buat CTG, kalau tak silap aku CTG ni nak tengok 'pergerakan' jantung baby. Result dia dalam bentuk graf. Aku pun tak tau macam mana nak baca graf tu. Cuma jururawat dengan doktor je tau samada jantung baby ok je tak.

Lepas tu pula, doktor tu nak jumpa kami. Penting katanya. Doktor tu kata aku kena bersalin awal kali ni sebab baby besar. Masa scan tadi aku memang perasan baby aku tetiba berat dia makin besar. Huhu. Aku pula risau. Ini adalah gara-gara tak beringat makan masa berhari raya haritu. Lepas tu lagi, doktor bagi aku pilihan samada nak bersalin secara normal ke atau secara Cesar. Terkejut aku bila doktor kata macam tu. Sudah tentu aku mahu bersalin normal. Jadi aku pun kata elok-elok kat doktor tu yang aku mahu bersalin normal. Maka doktor pun bagi dan dia terangkan pro dan cons kedua-dua pilihan tu. Dan akhirnya doktor pun setkan tarikh untuk aku datang ke hospital untuk bersalin baby yang aku kandungkan ni. 

[8-Okt-2011]
Pada pukul 7.30pagi aku kena berada di PAC (Dewan Bersalin) di Hospital Sg Buloh. Sebagai ibu mengandung anak pertama, sememangnya rasa berdebar. Tak dapat nak bayangkan macam mana aku akan hadapi kat dalam dewan tu. Banyak-banyak bertawakkal kepada Allah, tu saja aku boleh buat. Mudah-mudahan aku tabah menghadapinya.


[9-Okt-2011]
Di waktu subuh, aku sudah ditempatkan wad ibu-ibu bersalin. Awal pagi itu, kira-kira dalam pukul 8 pagi, doktor datang ke setiap katil ibu-ibu yang bakal bersalin untuk periksa kesihatan dan memasukkan ubat 'induce' kepada sebahagian ibu-ibu yang bakal bersalin, ia termasuklah aku. Sejam kemudian dimasukkan ubat 'induce' tu, rasa nak bersalin mula terasa sakitnya. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana rasa sakitnya itu. Sebenarnya agak lama aku berdepan dengan sakit nak bersalin tu. Aku ingat lagi ada seorang nurse datang kat aku bertanya kat aku kalau aku mahu ubat tahan sakit. Disebabkan rasa sakit tu tak tertahan, aku terus kata mahu kepada nurse tu. Lepas kena suntik tahan sakit tu, aku mula rasa mengantuk dan kurang sikit rasa sakit tu. Pengalaman pada masa tu, ubat tahan sakit tu hanya boleh bertahan beberapa jam je. Lepas tu sakit balik. Jadi aku rekemen kepada ibu-ibu yang kena induce nanti, kalau boleh tahan sakit tu, jangan minta ubat tahan sakit. Sebab takut memanjang rasa mengantuk sehingga ke tiba masa nak bersalin nanti. Mengantuk ini bukan untuk kembali rasa bertenanga tetapi akan jadi kepayahan masa nak bersalin nanti. Untuk rasa bertenaga sebagai persediaan nak bersalin, lebih baik minum susu, madu dan makan kurma supaya dipermudahkan.

Pada pukul 7.00 malam lebih, dalam sakit-sakit rasa nak bersalin tu tetiba terasa air ketuban dah pecah sebab air dia rasa hangat2 dan mengalir laju semacam saja. Aku dah mula risau. Aku pun bagitau kepada mak aku melalui telefon dan bagitau kepada nurse juga.  

Akhirnya dalam pukul 11.30 malam itu, aku dibawa ke bilik bersalin. 

[10-Okt-2011]
Pukul 12.00 tengah malam aku dah sampai di bilik bersalin. Kesakitan disebabkan ubat induce tu masih terasa dan kata doktor, pembukaan aku masih sikit. Jadi doktor tak buat apa-apa. Hanya menunggu masa untuk dapatkan pembukaan lagi besar. Pukul 5.00 pagi lebih kurang, 3 orang doktor bersama-sama nurse-nurse lain berkumpulan untuk tolong aku bersalin. Hmm.. tak dapat nak kata apa. Macam-macam berlaku kat dalam bilik bersalin tu. Suami aku pun turut de sekali di samping aku.

Selepas bertungkus-lumus dan kerahan tenaga untuk bersalin normal, pada pukul 6.23pagi aku selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.64kg. Namun, anak lelaki aku kena masuk NICU atas sebab-sebab tertentu (yang tak dapat aku ceritakan di sini). Apa-apa pun, Alhamdulillah anak lelaki aku selamat dan sihat wal'afiat selepas pelbagai harungi pelbagai treatment. Mudah-mudahan baik-baik semuanya sampai bila-bila. Amin...

Pengalaman ini sangat berharga bagiku. Semoga penulisan ini menjadi panduan kepada mereka yang baru menimang cahaya mata. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan...

Sekian.

Nota Tambahan:
  • Bacaan gula dalam darah yang baik adalah antara 4.0 - 6.7 menurut klinik kesihatan yang pernah saya pergi semasa saya mengandung.
  • Dari segi pemakanan dalam hari buat BSP dan sebelum berjumpa dengan doktor pada keesokkan hari adalah antaranya:
    • Kurangkan pengambilan nasi
    • Banyakkan sayur hijau dan lebih baik lagi sayur seperti bayam merah untuk kebaikan penambahan darah dalam badan
    • Protein seperti ikan, daging dan ayam.
    • Susu rendah lemah dan high calcium (tapi saya tak berapa galakkan susu HL. Sebab ia boleh buat bacaan gula naik tanpa disangka. sila bertanya kpd doktor untuk dapatkan nasihat dan pandangan)
    • Kurma dan kismis
Dari pengalaman saya, saya pernah makan bubur nasi dan roti wrap yang berintikan telur, sayur salad, lobak merah dan mayonis. Nampak je macam simple dan sikit je makan tapi hasil bacaan tidak begitu memberangsangkan malah lebih tinggi dari 7 . 

Kurangkan juga makan makanan yang manis seperti kek dan brownies dan berminyak supaya dapat bacaan BSP yang baik. 

Nota Tambahan Lagi:
Rata-rata waktu operasi klinik kesihatan di seluruh Selangor adalah dibuka dari pukul 8.00pagi hingga 4.30petang. Tetapi saya sarankan kepada semua ibu-ibu mengandung supaya hadir ke klinik setengah jam lebih awal daripada masa temujanji kerana sejak kebelakangan ini pihak klinik menekankan ketepatan waktu para pesakit. Jadi kalau terlambat mungkin kena tegur.  


Harap ini dapat membantu.









No comments:

Post a Comment