Friday, September 14, 2012

Pandanganku adalah hati aku berkata..

Bismillahhir-Rahmannir-Rahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Akhirnya aku kembali menulis blog setelah sekian lama mendiamkan diri. Sebenarnya mendiamkan diri bukan bermakna tak buat apa-apa pekerjaan pun.


Mungkin sebab kerja di pejabat kena siapkan sebelum 'due date'. Pergi kerja, buat kerja. Balik dari kerja, sampai rumah saja langsung tak nak ingat pasal kerja. Dan kebetulan pula dalam 2 3 minggu lepas ni, ada pula masalah lain berlaku. Terima kasih dugaan kerana datang lagi dalam hidup aku.

Apa-apa pun sebenarnya, aku nak berceloteh tentang kehidupan. Aku cuma ambil skop kecil je, pasal keluarga.


Dalam meniti hari kehidupan sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak dan anak-anak dalam kandungan ini dan juga anak kepada kedua-dua ibu bapa kandung dan ibu bapa mertua dan tidak lupa sebagai kakak kepada adik2 yang agak ramai, masalah tetap akan datang dalam macam-macam bentuk. Aku cuma boleh menganggap masalah yang hadir itu sebagai mengajar kita menjadi seorang yang bertimbang-rasa dan bersabar serta ujian daripada Allah.


Tipulah untuk aku katakan aku sangat-sangat tenang dalam menghadapi masalah-masalah itu. Perasaan yang bercampur-baur. Adakala tergamam, terkilan, sukar terima dan sedih pun ada. Ada sampai satu tahap tu, aku tak boleh tidur awal sampai pukul 3 atau 4 pagi baru boleh tidur sedangkan esok hari aku kena bangun siapkan bubur anak aku dan bersiap-siap untuk pergi kerja. 


Ada yang berpesan kepada aku supaya jaga kesihatan, cukupkan tidur dan jangan stress tika aku mengandung ini. Apabila aku berkata sesuatu dalam Facebook, ada yang tak puas hati sampai dikatakan aku terlalu emosional. Sebenarnya, aku hanya ingin menyampaikan pandangan aku... Salahkah?


Wahai pembaca sekalian, 


Usia aku dah nak cecah 30 tahun.. Komitmen pun makin lama makin banyak. Tapi pe2 pun, sebagai anak perempuan sulung dalam keluarga (aku anak ke 5 daripada 7. maka atas aku semuanya abang-abang belaka.. hoho) masih ada rasa tanggungjawab nak jaga mak, bapa dan 2 orang adik perempuan aku. Jaga dari segi silaturrahim dan kasih sayang dalam keluarga. Tapi pada masa yang sama aku sayang sama abang-abang aku. Cuma sejak kebelakangan ini, aku agak terkilan dengan sikap beberapa abang aku ini yang kurang 'enak' dipertontonkan dan didengari.

Selama ini aku cuma mendiamkan diri sebab aku tak mau gaduh dengan siapa-siapa pun dalam keluarga aku ini. Sejujurnya, aku memang pernah rasa sakit hati dan termakan hati dengan perkara-perkara yang teruk pernah aku kena. Tapi, Insya Allah setakat ini, aku tak suka ingat benda-benda tak best tu sebab lepas ini aku kena hidup bain-baik, nak balas balik jasa mak bapa aku yang telah besarkan aku supaya hidup anak-anak aku pun baik-baik di masa akan datang.

Pandangan aku lagi... walaupun bagus macam mana pun kita sebagai ibu bapa muda ini memberi pendidikan dan kehidupan yang bagus, tetapi hubungan kita dengan mak bapa sendiri kurang bagus, aku khuatir apabila anak-anak dah besar panjang macam kita sekarang ini akan buat perkara yang sama. Ada fahamkah? Atau tak percaya apa aku cakapkan ini? Sesetengah kita ni suka cakap besar,"kita dah bagi kehidupan yang baik-baik untuk diorang. Diorang takkan buat macam tu kat kita bila kita dah tua nanti". Na'uzubillah... jangan terlalu takbur. You never know when Allah can twist their heart in many ways. Jadi, aku mohon, santunilah mak bapa kalian yang telah banyak korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membesarkan kalian jadi orang yang berguna dan orang yang terhebat dalam kerjaya kalian. Hatta mereka berdua pernah buat salah pun sama kalian, maafkanlah mereka dan ingatlah pengorbanan mereka yang tak terhingga. 

Aku teringin nak quote balik status Facebook aku yang telah 'diminta' dipadam. Aku tak de niat nak kenakan sesiapa atau nak attack sesiapa. Anggaplah ia sebagai renung-renungan. Bunyinya lebih kurang macam inilah;


Kalau kita tak tahu jalan cerita sebenar, lebih baik kita mendiamkan diri dan jadilah pendengar yang baik.Kalau kita ingin dihormati dan inginkan kehidupan yang baik, kitalah pemula kebaikan. Kerana, andaikata kita mengaibkan orang itu dan orang itu ketahui dirinya telah diaibkan, orang itu pasti tidak mahu mengenali kita lagi, apatah lagi mahu menghormati kita.Kalau kita benar-benar menyayanginya, janganlah sakiti hatinya. Mungkin satu masa nanti kita ingin memohon maaf kepadanya tetapi sudah terlewat.. kerana mungkin... dia sudah tiada lagi di dunia ini.

Aku sebenarnya tak paham, kenapa dengan kata-kata ini dianggap aku menyerang seseorang? Aku ada hantar bom ke dalam message tu? Aku kira orang itu sebenarnya sudah terasa dengan kata-kata aku ini. Sekali lagi.. ini adalah pandangan aku... bukan dari emosi aku.

Dan juga... sebenarnya ada benda benar-benar berlaku di depan mata aku pada masa-masa itu. Itulah sebab aku tak boleh terima lagi sikap-sikap yang suka 'menyerang' seseorang tanpa mengetahui kebenarannya. Dan lagi satu, tolonglah bersikap timbang-rasa terhadap orang lain dengan seikhlas-ikhlasnya. Please put yourself in their shoes.


Macam menulis luahan hati pula ek. Nak buat macam mana? Kekadang terpaksa buat macam ini. Sekali lagi nak remind, aku tak nak mention siapa-siapa dalam post kali ini. Aku menulis untuk peringatan diri sendiri juga. Mungkin setahun kemudian aku baca balik post ini dan aku akan terkedu aku tulis macam ini. Yeah, its always happen to me. Tetapi aku ambil sebagai pengajaran hidup.

Nampaknya aku kena berhenti sampai sini saja. Maka kesempatan ini saja kata-kata aku kali ni. Andaikata ada kata-kata yang menyinggung perasaan sesiapa, aku memohon maaf. Kalau mahu menegur, mohon tegurlah aku dengan sebaik-baiknya agar aku dapat menerima dengan baik. Kalau tak sebaik-baik pun, aku cuba juga terima dengan baik.

So, take care. Thank you for stop by.

Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... 
Kehadrat Illahi yang telah memberi kehidupan dan segala nikmat.
Alhamdulillah kerana dikurniakan ketabahan dan kesabaran hati dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang kadang-kala di luar jangkaan seorang manusia yang senantiasa memikirkan kelogikkan dalam setiap perkara.
Alhamdulillah kerana diberi peluang oleh Allah untuk menikmati kehidupan berkeluarga bersama suami tercinta dan anak lelaki yang sangat manja, comel dan bijak.
Alhamdulillah kerana atas kecukupan rezeki yang Allah berikan kepada kami.
Alhamdulillah kerana kami masih mampu berjasa kepada kedua-dua ibu bapa kami yang masih hidup.


Dalam apa jua keadaan, mahupun susah dan senang, bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan kita... Maka bersangka baiklah kepada Allah kerana Dialah pemberi nikmat dan rezeki yang kehadirannya tidak disangka-sangka.


Merungut bukanlah jalan penyelesaian dalam menenangkan hati kita. 
Mengungkit bukanlah kesudahan dalam permasalahan. 
Bakhil atau lebih dikenali kedekut bukanlah amalan yang paling mulia, malah Allah sangat membenci perbuatan itu.


Seperti kata Prof Dr Muhaya, dunia dalam diri kita adalah hasil kepada dunia luaran kita. Dari diri kita sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang hebat dan berjaya. Supaya kita akan tenang di akhir hayat kita nanti.