Thursday, March 27, 2014

Kesabaran

Assalaamualaikum w.b.t

Salam Sejahtera.

Dah lama tak tulis blog ni. Sejak akhir2 ni macam-macam kesulitan yang berlaku di Malaysia ni. 

Erti kata lain cerita bulan Mac pada tahun ini adalah cuaca panas terik setiap hari. Maka menghasilkan air empangan semakin berkekurangan, terpaksa pula catuan air di negeri-negeri terlibat. Tak ketinggalan juga kebakaran terbuka yang kononnya pada mereka boleh dikawal dan akhirnya tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan jerebu yang teruk dan agak melarat. 
Walau bagaimanapun, akhirnya atas izin Allah Sub-hanahu Wata'ala, Alhamdulillah hujan turun selebat-lebatnya atas kasih dan rahmat Allah terhadap hamba-hambaNya.   

Namun begitu akhir sekali dikhabarkan pula kapal terbang MH370 hilang dalam bacaan radar pada 8 Mac 2014. Masa tu aku sekeluarga pergi melawat rumah adik ipar di Putrajaya dan bermalam di sana di hujung minggu. Kehilangannya menjadi misteri yang amat besar kepada penghuni dunia. Berdoa dan mengharap kepulangan MH370 bersama kapten, krew dan penumpang-penumpang. Mereka yang berkenaan berusaha mencari dan terus mencari dengan macam-macam cara. Tapi saya tidak setuju langsung dengan cara bomoh-bomoh kerana berbuat seperti itu adalah syirik malah laknat Allah. Silalah taubat dan kembali ke pangkal jalan.

Namun selepas 17 hari pencarian, dikatakan MH370 menamatkan perjalanan di Lautan Hindi tapi tak ada pula diberitahu tentang penemuan bangkai pesawat berkenaan ataupun penemuan-penemuan lain yang berkenaan. Maka bertambah-tambahlah misteri dan orang lain mula buat macam-macam andaian sampai saya sendiri tak mahu terima bulat-bulat sekadar baca sekilas lalu sahaja. Kita tengok sahaja dulu apa penamatnya.

Saya masih teringat pesanan Nabi tentang fitnah akhir zaman. Salah satu artikel buat saya sentiasa berfikir tentang perkara ini.

http://majalah-i.karangkraf.com/mimbar-utama/badai-fitnah-menerpa-umat-akhir-zaman-1.96085

Maka berwaspada dan sentiasa berjuang dalam mempertahankan syariat Islam sebagai orang Islam. Syaitan adalah musuh kita tidak kira masa dan tempat.

Saya doakan agar kita semua dilindungi daripada segala kejahatan dan kebinasaan. Kepada mereka yang sudah tiada, moga-moga mereka diampuni dosa-dosa mereka dan ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. 

Walau apa jua musibah menimpa, perbanyakkan bersabar dan senantiasa ingat kepada Allah hendaknya.



No comments:

Post a Comment